Tuesday 27 December 2011

Singkirkan Godaan-Hati

Surah Al-Hajj
Ayt50:
Maka orang-orang yg beriman & mengerjakan kebajikan, mereka memperoleh ampunan dan rezeki yg mulia
Ayt51:
Tetapi orang-orang yg berusaha menentang ayat-ayat Kami dgn maksud melemahkan (kemauan untuk beriman). mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka Jahim.
Ayt52:
Dan Kami tidak mengutus seorang rasul dan tidak (pula) seorang nabi selain engkau (Muhammad), melainkan apabila dia mempunyai suatu keinginan, setan pun memasukkan godaan-godaan ke dalam keinginannya itu. Tetapi Allah menghilangkan apa yg dimasukkan setan itu. dan Allah akan menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana,
Ayt53:
Dia(Allah) ingin menjadikan godaan yg ditimbulkan setan itu sebagai cobaan bagi orang-orang yang dalam hatinya ada penyakit dan orang yang zalim itu benar-benar dalam permusuhan yang jauh.
Ayt54:
Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu meyakini bahawa (Al-Quran) itu benar dr Tuhammu lalu mereka beriman dan hati mereka tunduk kepada-Nya. Dan sungguh, Allah pemberi petunjuk bg orang-orang yg beriman kpd jalan yg lurus.
Ayt55:
Dan orang-orang kafir itu senantiasa ragu mengenai hal itu (Al-Qur'an),hingga saat (kematiannya) datang kpd mereka dgn tiba-tiba, atau azab hari kiamat yg datang kepada mereka.


Bismillahirrahmanirrahiim....
Sy cukup terasa dgn ayat Al-Qur'an ny. Bg sy ayat ny bleh dgunakn as guide kpd muslim n muslimah yg nk berhijrah menjadi yg lebih baik. Cntoh'ye: muslimah yg dah pki tdung tp dy nk buat sesuatu yang lebih baik dan diterima Allah iaitu untuk beralih kpd tudung labuh pulak. Hemmm.... Bkn sng kn,,, Niat dah ada,tapi tiba2 mcm bnyak sgt p'halangnya. Pker apa pandangan orang sekeliling,pikir baju apa yang boleh disuaikan bila dah berubah imej? Sebenarnya semua pikiran yg timbul 2 sebahagian daripada hasutan syaitan. Xpercaya? [Rujuk Ayt52]


Macammana pun Allah SWT sesungguhnya sangat berkuasa dpd segala-galanya. Allah SWT mmelihara dn m'halang kita dpd digoda syaitan. Dalam ayt53, Allah SWT mmberi cobaan kpd  org yg ada penyakit dlm hatinya,dimana org tersebut tidak ad iman yg kukuh dlm hatinya. Namun,berbeza pulak dengan hati orang yang kukuh imannya,yang menjadikan Al-Qur'an sbgi pegangan hidup. Mereka mudah menerima perubahan kerana yakin akan satu panduan iaitu Al-Qur'an.


Jadi,bila saudara2 atau saudari2 yg sedang cuba untuk berubah....tetapi masih berasa berat atau was2...bacalah Al-Qur'an. Segala yg benar t'simpan di dalamnya... Insyaallah,,kita akan dipermudahkan =)


Sungguh, (apa yg disebut kan di dalam (Al-qur'an) ini, benar-benar menjadi petunjuk (yang lengkap) bagi orang-orang yg menyembah (Allah). Al-Anbiya'[21:106]

Saturday 3 December 2011

PENGHARGAAN untukmu SAHABAT


Keranamu sahabat,aku berubah....
Jika dulu aku seorang yang lalai dalam mengerjakan suruhan ALLAH, kini tak lagi.
Aku dahulukan suruhan Allah,sedikit demi sedikit aku jauhi kemungkaranNYA.
Ini bukanlah bermakna aku seorang yang suka melanggar perintah ALLAH,cuma aku seorang yang jahil,suka melengah-lengahkan waktu solat.Dalam sehari ,solatku x mencukupi 5 waktu,hanya 1 atau 2 waktu aje. Aku bukanlah seorang yang suka berpeleseran ataupun suka merayau ke sana sini. Kehidupan aku hanyalah di rumah dan di sekolah aje. Pagi berada di sekolah manakala petang berada di rumah. Begitu juga bila musim cuti sekolah menjelang,rumahlah tempatku beristirehat. Pendek kata kebanyakkan masaku dihabiskan di rumah. Rumahku Syurgaku.

Keranamu sahabat,aku berubah.....
Jika dulu aku seorang yang bahagia dengan kehidupan dunia,kini tak lagi.
Sebab ku tahu bahagia di dunia hanya sementara,akhirat jua kekal abadi.Kini kebahagiaan akhirat yang ku kejar,sedikit demi sedikit ku tinggalkan keseronokkan duniawi. Syurga ALLAH menjadi matlamatku kini.Solatku mencukupi 5 waktu sehari semalam dan disamping itu,aku alunkan irama merdu dari AL-QURAN setiap hari. Terasa damainya hati,ketenangan milikku jua. Dulu aku bahagia,kini aku lebih bahagia kerana hatiku telah ke serahkan kepada ALLAH. Cintaku kepadaNYA melebihi cintaku kepada diriku sendiri.Nikmatnya jatuh cinta kepada PENCIPTA,tiada tandingannya.

Keranamu sahabat,aku berubah.....
Jika dulu aku seorang yang gembira dengan apa yang aku miliki,kini tak lagi.
Sebab ku tahu gembira di dunia takakan membawaku kemana-mana,aku mahu gembiraku membawa diriku hingga ke syurga ALLAH. Aku sebagai insan biasa, serba kekurangan,ku sedar semua itu. Aku terlalu hina di sisiNYA. Seringkali ku alpa dengan nikmat dunia, aku tak mampu jadi yang terbaik..Aku menangisi hidupku yang sia-sia selama ini.Aku terlalu leka dengan nikmat dunia,sehingga ku terlupa pada kekasihku yang satu.Tapi DIA tak pernah buangkan aku jauh dari sisiNYA. DIA tetap sayangkan aku sebagai hambaNYA.

Keranamu sahabat,aku berubah....
Terima kasih sahabat, keranamu aku berubah. Sahabat yang sentiasa memberi peringatan padaku tentang solat. Solat yang wajib di tunaikan dengan segera.Sahabat yang se ntiasa mengingatkan aku dengan amaran-amaran ALLAH.Sahabat yang sentiasa memberi nasihat untukku tanpa jemu-jemu. Sahabat yang sabar melayani kerenahku.Moga ikatan ukhwah antara kita berkekalan sepanjang hayat